Kenyataan Media
PRESS RELEASE PNM : Mari Menyokong Kempen Galakan Membaca Kebangsaan16 Mar 2008
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dipertanggungjawabkan untuk menyemarakkan Kempen Galakan Membaca Kebangsaan di kalangan pelbagai golongan masyarakat. aktiviti untuk menyemarakkan dan memupuk tabiat membaca dilaksanakan secara berterusan untuk membolehkan masyarakat mengamalkan membaca sebagai satu gaya hidup. PNM mula menyertai PBAKL pada tahun 2003 dan sejak itu pada setiap tahun telah mengambil bahagian dengan penampilan dalam berbagai aktiviti termasuklah mempromosi dan galak guna perpustakaan. Tahun 2008, PNM telah menyewa sebanyak 14 gerai di Ruang Legar Putra, Pusat dagangan Dunia Putra dan akan mendirikan sebuah pavilion dengan penyertaan daripada PNM, KEKKWA dan jabatan serta agensi di bawahnya.
Antara aktiviti yang disediakan melibatkan aktiviti perkhidmatan utama PNM termasuk pendaftaran ahli secara percuma, promosi perkhidmatan PNM dengan penyediaan brosur yang berkaitan, demonstrasi kandungan digital dan perkhidmatan elektronik jabatan juga agensi KEKKWA. Di samping itu juga PNM akan menyediakan aktiviti pentas pada hari-hari tertentu.
Akhir kata, PNM menjemput setiap warga kota, malah semua golongan masyarakat sama ada kanak-kanak, remaja dan dewasa dari setiap pelosok tanah air untuk berkunjung ke PBAKL dan sama-sama menjayakan hasrat negara ke arah masyarakat yang membaca sepanjang hayat.
Disediakan oleh :
Perpustakaan Negara Malaysia
Kenyataan Akhbar 13 Februari 2008 : Sepetang PBAKL 2008 Bersama Media16 Mar 2008
13 Februari 2008
Rakan-rakan Media,
Saya bagi pihak Jawatankuasa Pengelola Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2008 ingin mengalu-alukan kehadiran saudara-saudari ke Majlis Minum Petang Bersama Media. Majlis ini adalah usaha kami bagi terus merapatkan hubungan antara penganjur PBAKL dengan pihak media yang terus menerus berperanan untuk bersama-sama menyokong dan mempromosikan PBAKL
PBAKL 2008 bakal berlangsung daripada 4 hingga 13 hb. April 2008 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ini adalah PBAKL yang ke 27. PBAKL kali ioni akan berlangsung di 4 buah dewan iaitu Legar Putra, Dewan Tun Razak 2, Dewan Tun Razak 3 dan Dewan Tun Razak 4. Lebih 150 syarikat, organisasi dan institusi telah menempah tidak kurang daripada 600 gerai. Peserta tempatan termasuklah syarikat-syarikat penerbitan dan pembekalan buku juga institusi kerajaan dan universiti sementara peserta luar termasuklah penerbit dan syarikat-syarikat pembekalan buku yang menjadi wakil dari penerbit-penerbit dari seluruh dunia.
PBAKL dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, sebuah jabatan di bawah Kementerian pelajaran Malaysia dengan kerjasama dan sokongan industri buku yang diwakili 5 persatuan utama iaitu Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM) dan Majlis Penerbit Ilmiah Malaysia (MAPIM). Pengelolaan pesta buku ini dilakukan oleh sebuah jawatankuasa yang anggotanya terdiri daripada wakil-wakil pelbagai jabatan dan kementerian serta wakil-wakil industri buku. Gabungan kerjasama yang unik dan sudah sedia lama terjalin ini menghasilkan satu pesta buku yang cemerlang dan terus berkembang dari setahun ke setahun.
PBAKL bermula pada tahun 1982 dengan nama Pesta Buku Malaysia sebelum ditukar kepada Pesta Buku Kuala Lumpur dan seterusnya diangkat menjadi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kalau pada kali pertama pesta buku ini hanya disertai kira-kira tidak sampai 20 buah syarikat dengan jumlah gerai yang kecil, kini PBAKL merupakan pesta buku terbesar di Asia Tenggara. Rekod penyertaan penerbit tempatan dan luar negara terus meningkat setiap tahun, begitu juga jumlah kehadiran pengunjung menunjukkan peningkatan yang amat baik khususnya semenjak 3 tah yang lalu. Catatan 4 tahun yang lalu adalah seperti berikut : 2004 (300,000 orang), 2005 (500,00 orang), 2006 (750,000) orang dan 2007 (1.03 juta orang).
PBAKL juga bukan sekadar pameran dan pasar buku untuk pengunjung tempatan mendapatkan buku-buku terbaru malah JK Pengelola turut menganjurkan pelbagai aktiviti setiap jari sebagai pengisian untuk profesional, pelajar dan orang awam. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah pertandingan bercerita, ceramah penulisan, bengkel penerbitan buku, pelbagai pelancaran buku, sesi bertemu dengan penulis dan pada tahun ini satu aktiviti besar bertaraf antarabangsa turut diadakan iaitu Konvensyen Industri Buku Antarabangsa (ICOBI) pada 4 hingga 5 April 2008. Seramai kira-kira 500 peserta dijangka akan menghadiri konvensyen ini dengan pelbagai kertas kerja akan dibentangkan oleh tokoh perbukuan dari dalam dan luar negara Kami mengalu-alukan rakan-rakan daripada media untuk turut bersama-sama menghadiri konvensyen ini bagi menimba dan berkongsi pengalaman dalam hal-hal perbukuan.
JK Penganjur sentiasa berpendapat bahawa kempen galakan membaca adalah tanggungjawab bersama. Pembangunan negara maju tidak akan sempurna tanpa pembangunan minda melalui amalan membaca bagi menjadikan rakyat yang berilmu, berakhlak dan berpandangan jauh. Lantaran itu kempen dan galakan membaca perlu terus menerus dilakukan. Pesta buku merupakan antara medan untuk menanam dan menyuburkan minat membaca itu. Kami amat mengalu-alukan sokongan rakan-rakan media untuk terus sama-sama mempromosi minat membaca dan menguar-uarkan PBAKL ini agar dapat menarik lebih ramai orang datang berkunjung. Pada bila-bila masa saudara rakan-rakan media boleh menghubungi kami bagi mendapatkan maklumat lanjut dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman tentang PBAKL 2008 serta hal-hal pembacaan buku dan industri buku. Individu-individu ini boleh saudara hubungi pada bila-bila masa :
- En. Law King Hui, Pengerusi JK Pengelola 012 336 7192
- En. Abdul Halim Ismail, Pengarah MBKM 012 395 5762
- Haji Roselan Zainal Abidin, Pengarah Projek 019 257 9127
- En. Ishak Hamzah, Pengerusi JK Publisiti & Promosi 019 273 5657
- En. Arief Hakim Sani Rahmat, Pengerusi JK Aktiviti 012 236 9047
- Tuan Sayed Munawar Al-Jamalullail, Pengerusi Rakan Media 016 219 1472
Maklumat lebih lanjut dan terkini tentang PBAKL 2008 boleh dirujuk pada laman sesawang PBAKL di http://www.klibf.com. Kami amat menghargai dan mengalu-alukan sokongan berterusan media bagi memberikan liputan dan promosi terhadap PBAKL 2008.
Sekian, dan sekali lagi diucapkan sedalam-dalam rasa terima kasih atas sokongan saudara-saudara
Ishak Hamzah
Pengerusi JK Publisiti & Promosi
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

MY
English Version