Kenali Pesta Buku Antarabangsa 2009

Majlis Pra-pelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL 2009) telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 30 Oktober 2008, jam 3:30 petang di Hotel Legend Kuala Lumpur. Ia diadakan sebagai usaha awal yang dirancang oleh Jawatankuasa Pengelola PBAKL 2009 untuk mempromosikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang bakal berlangsung pada 17 hingga 26 April 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Langkah awal ini bukan sahaja bertujuan untuk memasarkan PBAKL 2009 kepada syarikat-syarikat penerbitan dari dalam dan luar negara untuk menyertai PBAKL 2009 tetapi juga untuk makluman umum.

 

PBAKL 2009 dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Majlis Industri Buku Malaysia yang dianggotai oleh empat persatuan industri buku yang utama di negara ini, iaitu Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM), dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA). Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan bagi membolehkan kalangan penerbit dan pengusaha buku tempatan dan luar negara mempromosikan judul-judul dan koleksi terbitan mereka kepada para pengunjung. Pesta buku antarabangsa kali ke-28 ini telah diiktiraf sebagai pesta buku terbesar di negara ini dan antara yang terunggul di rantau ASEAN.

 

Kejayaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kali Ke-27 Tahun 2008

 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kali ke-27 (PBAKL 2008) yang diadakan pada 4 hingga 13 April 2008 yang lepas telah beroleh kejayaan yang sangat membanggakan. Selain penyertaan terbesar dalam sejarah penganjurannya, iaitu sebanyak 702 buah gerai pameran yang terpaksa disediakan, malah jumlah pengunjung ke pesta buku tersebut juga telah mencapai angka 2.2 juta orang sepanjang 10 hari pesta buku tersebut berlangsung. Jika dibandingkan dengan pengunjung pada tahun 2007 yang hanya berjumlah 1.2 juta orang, pertambahan pengunjung yang begitu signifikan menunjukkan bahawa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur telah berjaya menarik perhatian umum hingga bukan sahaja ia dikunjungi oleh rakyat tempatan dari seluruh negara, bahkan pelawat-pelawat dari negara-negara jiran juga berpeluang mengunjungi PBAKL 2008.

 

Selain catatan rekod jumlah pengunjung yang tertinggi pada PBAKL 2008 yang lepas, bilangan syarikat dan agensi kerajaan dari dalam dan luar negara juga turut bertambah.  Misalnya, 136 buah syarikat dan 33 buah agensi kerajaan dari negara ini telah mengambil bahagian pada pesta buku yang lepas, manakala 30 buah syarikat dan 3 buah agensi kerajaan luar negara turut mengambil bahagian. Penyertaan luar negara yang diterima sebagai pempamer pada PBAKL 2008 adalah terdiri daripada syarikat, penerbit dan agensi kerajaan dari Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Filipina, India, Turki, Mesir, Australia dan United Kingdom. Pada pesta buku yang lepas, satu persidangan antarabangsa industri buku (International Conference on Book Industri) juga julung-julung kali diadakan hasil anjuran bersama Majlis Penerbitan Buku Ilmiah (MAPIM) dan Majlis Buku Kebangsan Malaysia. Ia telah menarik penyertaan kira-kira 400 orang peserta dalam dan luar negara dengan pembentangan kertas kerja oleh penceramah jemputan dari Amerika Syarikat, United Kingdom, India, Indonesia dan Singapura, selain pembentangan laporan status industri buku di negara-negara ASEAN oleh wakil-wakil persatuan penerbit dari negara-negara tersebut.  

 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kali Ke-28 Tahun 2009

 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL 2009) akan berlangsung selama 10 hari, iaitu mulai 17 hingga 26 April 2008 di empat (4) ruang pameran Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Ruang-ruang pameran yang dijangka dapat menampung sebanyak 604 buah tapak gerai akan terletak di Legar Putra, Dewan Tun Hussein Onn, Dewan Tun Razak 3 dan Dewan Tun Razak 4. Pameran akan mula dibuka kepada orang awam mulai jam 10:00 pagi hingga 8:00 malam pada hari Isnin hingga Khamis, manakala pada hari Jumaat hingga Ahad dan cuti umum, ia akan dibuka mulai jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

 

Para penerbit dan syarikat pengusaha buku tempatan dan luar negara dipelawa untuk menyertai PBAKL 2009 sebagai pempamer atau penganjur perdagangan (trade visitor). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Januari 2009. Walau bagaimanapun, oleh sebab tapak ruang pameran yang terhad, peluang untuk menyertai PBAKL 2009 adalah berdasarkan borang penyertaan yang diterima awal. Bagi syarikat pempamer yang menghantar borang penyertaan awal sebelum 31 November 2008 juga layak menerima potongan harga kadar sewaan gerai pameran.

 

Selain pameran buku-buku terbaru di pasaran serta jualan buku dengan tawaran harga yang menarik, berbagai-bagai aktiviti dan program turut diadakan semasa PBAKL 2009, selain aktiviti harian untuk pengunjung. Antaranya ialah pelancaran buku oleh penerbit dan agensi kerajaan, bicara dan ulasan buku oleh pengarang buku terkenal dari dalam dan luar negara, ceramah mengenai penerbitan dan pemasaran buku, bengkel penulisan, dan sesi bersama penulis. Pihak penganjur juga bercadang untuk membawa tokoh-tokoh perbukuan dari luar negara, termasuk dari Frankfurt Book Fair dan London Book Fair untuk perbincangan dalam hal urusan perdagangan hak cipta dan lesen perbukuan bagi manfaat penggiat industri buku tempatan.

 

Sempena PBAKL 2009, Majlis Penerbitan Ilmiah Buku Malaysia (MAPIM) juga akan mengadakan Seminar Kebangsaan Penerbitan Buku Ilmiah pada 18 hingga 20 April 2009 di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Bagi mempertingkatkan komponen perdagangan hak cipta dan lesen perbukuan dalam industri buku tempatan, pihak penganjur PBAKL 2009 juga akan menyediakan Pusat Perdaganagan dan Hak Cipta untuk menggalakkan pengarang, penerbit dan agen hak cipta dari dalam dan luar negara untuk menjalankan urus niaga hak cipta. Selain daripada itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja ASEAN Book Publishers Association (ABPA) akan diadakan sempena PBAKL 2009, di mana Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) adalah ahli ABPA.

 

Tema atau slogan yang dipilih bagi tahun 2009 ialah “Buku: Lakaran Masa Depan” (“Books: Building the World of Tomorrow”).  Tema ini adalah satu langkah membudayakan tabiat membaca dalam kalangan masyarakat, khusus generasi muda untuk mewujudkan generasi modal insan yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai jati diri yang unggul dalam menghadapi persaingan global. Penganjuran pesta buku ini secara tahunan adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pelajaran melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama pihak industri buku tempatan untuk menggalakkan seluruh lapisan masyarakat menggemari buku dan menanam minat membaca dalam kalangan rakyat di negara ini. Dengan sokongan masyarakat pembaca, industri buku tempatan juga diharap dapat berkembang maju selaras dengan perkembangan ekonomi negara.

International Conference on Book Industry (ICOBI) 2008

The Conference

The 1st International Conference on Book Industry (ICOBI) will take place at the Putra Trade Center in Kuala Lumpur, the capital of Malaysia on Friday 4th to 5th April 2008.

Organized by the National Book Council of Malaysia (MBKM) and the Malaysian Scholarly Publishing Council (MAPIM), ICOBI is held in conjunction with the 27th Kuala Lumpur International Book Fair. ICOBI is to provide and opportunity for ~ 500 scholars, practitioners, writers, publishers, rights agents, sellers, importers, exporters, policy makers, government officials, researchers, students and interested parties from all over the world to meet and share their thoughts and views on how to improve the book industry.

The Conference will comprise a series of forums and parallel sessions presented by invited renowned keynote speakers and panelists, Asian country representatives as well as selected scholars, researchers and students.

Scope of Conference

The Conference will cover the general area of the book industry, with particular emphasis being placed on practitioner’s innovative solutions and insights of the book trade as well as research findings pertaining of effective publishing.

It is expected to include but not limited to the following themes:

  • Empowering the mind through books
  • Future trends and challenges of the book industry
  • Country report on the status and future plans of ASEAN’s book industry
  • Innovative strategies and smart partnership in the publishing and marketing of books
  • Issues on intellectual property management, royalties and book trade
  • The role of scholarly publishing in national and regional development
  • Balancing profit and social obligation in the publishing world
  • Promoting effective reading habits and writing in youth
  • Inculcating positive values and culture in the future generation through books
  • Winning strategies to produce best sellers and award winners
  • Issues on human capital development of the book industry
  • Trade barriers and regulations impeding growth

Speakers

Keynote Speakers:

  • United States of America
  • United Kingdom

Main Speakers:

  • India
  • Beirut
  • China
  • Japan
  • Iran
  • Canada
  • Malaysia
  • Thailand
  • Brunei
  • Philippines
  • Indonesia
  • Vietnam
  • Singapore
The Organizing Committee of ICOBI 2008 invites individuals and representatives of related organizations to participate in this international conference as the details followed: 

Date          :  4th - 5th April 2008

Venue       :  Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur

Language :  Malay and English

 

Registration Fees:

USD200.00 for International

RM150.00 for members

RM200.00  for non-members

 

Due Date : 4 March 2008